Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.
Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.
Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.
Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.
Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.
Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.
Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya,Tunggu ditiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.
sebuah blog tentang kehidupan dunia dari lensa dslr dan kehidupan muzik ku ....
welcome to my artwork 2010
sahabat ku
Labels
- Aku di Malaysia (6)
- cabaran minda (2)
- cerita hantu (3)
- cerita lucu (4)
- cerita-cerita yg menarik n ada pengajaran (31)
- kisah ku di jepun (13)
- lagu yang menerkam jiwa (12)
- movie best (2)
- my edited video (3)
- my original muzik (5)
- nak download kat cini jer (7)
- petikan akhbar (4)
- video persembahanku (8)
Friday, November 20, 2009
Thursday, November 12, 2009
TINGKAT 13 KLCC......!!!WWAAAAAAAAAAAAA
13th Floor - KLCC: Misteri, Jangan Terkejut yer JANGAN SELALU OVER TIME .. Baik-baik bila pergi ke KLCC..bawa kawan jangan sorang-sorang CERITA SERAM DI KLCC Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi Kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC. Pada hari tersebut (hari khamis malam jumr17;at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirianr30;. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian, pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnyar30; Dia masuk dan tekan tombol r0;Gr1; untuk ke Ground floor. Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas. Ketika sampai ditingkat 59 lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri dibelakangnya. Dia tertanya-tanya didalam hatinyar30;siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah. Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat kesatu tingkat. Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift terhenti seketika dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu hidungnya.. bulu romanya tiba-tiba saja merinding r30; dia pun mula membaca ayat-ayat suci yang terlintas di-ingatannya sambil memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa r30;r30;r30; dan segera berkatar30;r30;..
Sekarang,TUGASAN ANDA YANG MEMBACA Kenapa dan mengapa perempuan itu ketawa?
Jawab....
Sekarang,TUGASAN ANDA YANG MEMBACA Kenapa dan mengapa perempuan itu ketawa?
Jawab....
Wednesday, November 4, 2009
Monday, November 2, 2009
Sunday, November 1, 2009
pertandingan menyanyi terbuka di tsuyama
layan lagu ni...papepun komen....ni first time aku nyanyi secara solo dalam pertandingan....dgn support drpd senior2 dan aimi mai n kawan2 ku xsangka aku menang pertandingan...peserta agak ramai dalam 30 org ....terima kasih kepada yg support...hadiah yg aku dapat dr pertandingan ni ialah pelancongan ke mana2 sahaja dalam jepun ni yg ditanggung sepenuhnya...heheheh 4 man...
Subscribe to:
Posts (Atom)