welcome to my artwork 2010

welcome to my artwork 2010

sahabat ku

Monday, January 19, 2009

nerhati-hati dgn wang yang kita jumpa...

Pukau Lima Sen



Syiling lima sen modal pukau: Gadis kebas beg wanita selepas hilang
ingatan di stesen LRT.



KUALA LUMPUR : sekumpulan warga asing dikesan menggunakan syiling lima
sen untuk memukau pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) sebelum melarikan
barangan berharga mereka, termasuk wang tunai.



Mulanya syiling lima sen itu dicampak ke lantai sebelum mangsa
mengutipnya lalu menyebabkan meraka tidak seadarkan diri lebih 30 minit.
Dalam ks terbaru kelmarin, seorang wanita langsung tidak sedar beg
tanganya dilarikan penjenayah itu selepas mangsa tunduk mengutip syiling
di kakinya.

Kejadian pukau itu dilakukan seorang gadis ketika mangsa di stesen LRT
Setiawangsa tanpa disedari orang ramai di kawasan itu.

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali, Siti Rabiah
50-an hanya menyedari kehilangan beg tangannya sebaik tiba ke pintu
rumahnya

Di Taman Keramat Permai.

Menurut Siti Rabiah, dalam kejadian itu, dia yang baru habis berkerja
pulang ke rumah menaiki LRT dari Taman Melawati sebelum berhenti di
Stesen Setiawangsa.

"Sebaik keluar dari gerabak, saya berjalan pulang ke rumah. Tiba-tiba
saya terlihat lima sen di lantai sebelum memungutnya.

"Selepas mengambil syiling terbabit saya tiba-tiba menjadi hilang
ingatan dan kaku sebelum berjalan meninggalkan stesen LRT berkenaan,"
Katanya.

Sebaik tiba ke rumah setangah jam kemudian, dia sedar beg tanganya
hilang.



Seingatnya kali terakhir beg tangan itu dibahu ketika memungut syiling
itu sebelum berjalan pulang.

Kata Siti, dia kemudian memberitahu kejadian itu kepada anak saudara
yang mencari beg tangan itu di Stesen LRT berkenaan.

Pada jam 10.30 malam, anak saudara menghubungi telefon rumahnya untuk
kepastian berhubung telefon bimbit miliknya..



Ini kerana dia melihat seorang wanita berusia awal 20-an dalam keadaan
mencurigakan sedang menggunakan telefon bimbit.

"Selepas saya mengesahkan telefon bimbit itu sama dengan telefon saya
dia kemudian mengekori wanita itu yang menaiki Perdana V6.

"Anak saudara saya juga sempat mencatat nombor plat kereta itu,"
katanya.

Siti Robiah beberapa kali cuba menghubungi nombor telefon itu, tetapi ia
dimatikan suspek.

Dia menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut suspek
membuat laporan polis jika enggan menyerahkan beg tangan dan telefon
bimbitnya

Kerana nombor plat kereta terbabit sudah diketahui.

"Ternyata idea saya itu berhasil kerana selepas beberapa minit seorang
lelaki menghubungi dan meminta saya ke stesen LRT itu.

"saya bersama empat saudara ke situ, tetapi selepas hampir 15 minit
menunggu, suspek gagal dikesan menyebabkan kami berpecah.

"tiba-tiba seorang lelaki berambut panjang muncul menyerahkan beg tangan
dan telefon bimbit itu kepada saya.

Dia mendakwa beberapa lelaki menyuruhnya menyerahkan beg itu," katanya
yang mendakwa lelaki itu terketar-ketar menggunakan dialek indonesia.

Siti Rabiah mendapati wang tunainya hanya tinggal RM30 menakala RM200
lagi lesap dan semua dokumen penting diperoleh semula.

** Kawan aku (seorang anggota polis) pernah ceritakan kat aku
pasal kes ini. Banyak org dah kena, so kena berhati-hati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...