welcome to my artwork 2010

welcome to my artwork 2010

sahabat ku

Friday, November 11, 2011

Friday, September 30, 2011

AKHIRNYA....TAMAT SUDAH !!!

apa yg tamat?hahah...exam da tamat ....hihi...so disebabkan exam habis da so aku pun nyanyi2 la lagu ngan gitar...haha...ni antara lagu... Dadali-di saat aku mencintaimu...Ungu-percaya padaku n lagu group feelhoney...so jom la layan lagu feelhoney..

Wanita...Istimewa

lyric 

Rawat Hatinya Beri Dia Cinta
Jangan Sekali-Kali Kau Sakiti Dia
Kerna Hatinya Mudah Kecewa
Dengan Cinta Yang Penuh Berpura-Pura

Hei Arjuna,Sayangi Dia
Kerna Wanita Dicipta Untuk Dicinta
Jangan Cemarkan Harga Dirinya
Kerna Dia Juga Masih Punya Jiwa

**
Dalam Dirinya Penuh Airmata
Jagalah Ia Dengan Sepenuh Jiwa
Janganlah Pernah Kau Dustai Dia
Wahai Arjuna Sedarilah

***
Kerna Wanita Berhak Untuk Bahagia
Bukan Dicipta Untuk Selalu Derita
Sayangi Dia Cintakan Dia
Kerna Wanita Istimewa



Tuesday, July 19, 2011

Toyohashi Taikai

16 Julai 2011...
Tarikh first time aku jejakkan kaki ke toyohashi...
first impression..of course la lagi besar dr tsuyama....
rasa mcm best semacam jer kat sana....senpai2 pun baik-baik...tak sabar den...
hahah...
papepun layan picture-picture kat sana versi slideshow.... :)



Nasi ayam terbaik dari senpai....
Rindu giler  jumpa kawan-kawan kat jepun ni.... :)

Monday, July 4, 2011

FITDAY FUTSAL AMIR ...

salam....
3 Julai 2011 ...
telah berlansung nya futsal di okayama anjuran AMIR....
haha..skema giler ayat....nasib baik la ayat aku bukan mcm komentator malaysia lawan chinese taipei semalam yang kata ada masa tambahan...terkejut aku dengar...fuh...hahah..Papepun tahniah Malaysia....

dgn GPS ni la kitorang dapat sampai ke tempat futsal walaupun sesat jugak.. 

berfikir sebelum bermain.... 

belum start main lagi dah happy...Confident tinggi ni... 

"smart parop abe ni.," kata shariff ..haha

hand tak hand peduli apa aku....belasah jer.... 

PROGRAM MARI MENARI DI JEPUN..

sempat ke tangkap bola ni...pucat2 

 KOUSEN TAHNIAH !!
守られる時は守ろう!!!!!




Friday, July 1, 2011

Aku masuk SURATKHABAR JAPAN!!!

Aku masuk SURATKHABAR JAPAN!!!
hahaha..poyo giler tajuk ni..haha
memang masuk pun tp bukan sebab apa...
masuk sbb baru ni ade event antara pelajar asing ngan org jepun..
so kitorang berbual2 la ngan diorang then masuk la dlm paper...senangkan..haha
yang tak boleh blah tu fokus time aku pulak bercakap...padahal ketua pelajar asing kat sini bukan aku adoi...sori la fazil yer..tp tak pe nama mu ade disebut dalam akhbar tu ...haha...

Saturday, June 25, 2011

Summer 2011

assalamualaikum...
hang nk tahu dak,,,,panas giler cuaca sekarang kat jepun ...fuh...memang berpeluh wa cakap lu...dlm bilik pun berasap...rasa mcm sauna dah....

fuh papepun sebelum tu nak ucap la tahniah kat SEPAH sbb menang maharaja lawak..JOZAN pun terbaik jugak...tak kisah pun sape2 menang sbb dua-dua best,...JOZAN SEPAH TERBAIK!!!

pahtu nak ckp la jugak sal result university...dgn suka cita nak kata aku dpt sambung belajar sini..alhamdulillah rezeki Allah... :)

..sambung citer panas balik...

walaupun panas giler ..hot...tp langit ..wow...cantik doh..."OMG ! OMG!" dan "BEGITULAH AWAN NANO NANO NANO NANO>>>"









CANTIKKAN CIPTAAN ALLAH...alhamdulillah.... :)
jom layan lagu ni dulu...tak sabar aku nak freedom dari sini ni...nal balik beraya ni....haha

Monday, June 6, 2011

Assalamualaikum....

esok bersamaan 8 Jun sampai 14 Jun aku ade exam ...so agak busy la..then 17 Jun ni pulak tahu result sama ade aku lulus ke tak..agak berdebar...papepun yg baca ni silalah doakan aku biar aku lulus ek...

papepun hari ni nak kongsi ngan korang terutama ex farisian batch 0206 ....ni video JC 2006 kita...sekaran 2011...dah 5 tahun daa....ce citer ce citer apa yg korang wat sekarang...papepun ..all the best..miss you all....
part 1





Wednesday, May 25, 2011

Good Luck Kawan-Kawan

Assalamualaikum..

Nak ucap Goodluck pada kawan-kawan ppktj batch aku termasuk aku sendiri 

yang sekarang tengah amik exam utk pergi ke peringkat dai....Goodluck semua...

Harap semua lepas.

Kalau itu rezeki kita, maka tetaplah yang kita.....Banyakkan berdoa semua ....

Tuesday, May 10, 2011

Gambaran Hari Kiamat ...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi


*peringatan untuk diri sendiri*

Wednesday, April 20, 2011

Adam 4 - ellena (cover version wanazri)




Jom layan separuh jer lagu tajuk ellena ni yang dinyanyikan oleh adam dalam album adam 4...tp ni cover version oleh aku...aku sengaja jer nyanyi separuh sbb nanti nak try convert lirik ni dalam versi jepun pulak....best lagu ni...

papepun sesape yg berminat nak beli album adam 4 ni masuk page ni jer

AICO EMPIRE GROUP

terbaik....nantikan versi jepun nyer...tapi nak tahu jugak feedback dr versi ni...selamat mendengar ... :)

Tuesday, April 19, 2011

KARA,FT ISLAND,SJ,BIGBANG....TRIP KE KOREA ...

Anyang hasseyo ( versi paknil makanla sayo)...haha...versi aku lak pangako sayo...haha
Papepun ni nak citer ttg hari tu yg group kitorang p korea hari tu....

tp sebelum tu nak tanya korang n komen la jawapan korang kat bahagian komen tu ek...Apa pendapat korang ttg korea?

6 March 2011

Kitorang naik flight dari Osaka - Kansai airport kul 5.45 petang tak silap aku n sampai kat Incheon airpot , korea time kul 7.45 malam....sampai2 tu dah gelap nak xdinafikan korea giler sejuk wa cakap lu...sejuk dari jepun kot aku rasa....

malam tu pun kitorang sampai lewat so tak p mana2...tp yang tak tahan tu kitorang pergi 6 org n 3org hotel lain dan 3 org lagi hotel lain...punya la masalah besar pulak jadi...yer la mana tahu hotel kat mane....dugaan pertama...nasib baik la aku ada macbook pro n kawan aku yg duk hotel lain tu pun ada gak so boleh kontek guna facetime ...

7 March 2011


Second day pulak memula ingat ade la tourist guide kat hotel tu yg nak bawa kitorang pergi jalan2 sekitar seoul sbb time tempah hotel tu katanya ada tourist guide free of charge ...,tetiba diorang cakap xde...adoi lagi la hampeh.. pandai diorang nak menyeleweng ..haha...

Apa lagi kitorang pun jalan2 sendiri2 kat korea tu guna map...haha...best.. hari tu kitorang just jalan2 sekitar myeong dong, n tempat duty free lotte ....malam tu p tgk nanta theater...terbaik wa cakap lu...



gaya tiru artis..haha..ade dalam drama korea...hahah


amik dia ...kat korea semua giler artis...diorang sanjung giler artis diorang...

8 March 2011

hari seterusnya lak..kitorang p sehari suntuk main kat Lotte World(taman permainan indoor yang paling besar di dunia)..serius aku ckp roller coaster dia kaw-kaw dia bagi...tak pernah dibuat org...fuh ...


                                             amik ko...pusing-pusing....xpernah dibuat org...

terbaik jugak la tempat ni....bleh lawan disney land tokyo ..bg aku la

then malam tu kitorang p kedai makan saffron ....kedai makanan halal...sedap2..semua org melantak...bayangkan seekor ayam tu utk 2 org ...ish2....


9 March 2011


hari ni pulak hari bersejarah...nak tahu nape sebab hari kitorang just jalan2 kat tempat2 bersejarah kat korea ni...best gak la jalan2...sebenarnya kitorang nak naik bus p jalan2 tp disebabkan kitorang tak faham korea n diorang tak faham english maka kene halau la kitorang naik bus ni...jalan je p mana2...takpe2 think positif bagus utk kesihatan....




bergaya macam apa ntah...haha

ni org cakap sape lintas ni gudluck...org korea la cakap...jgn duk percaya sgt

apa lagi kitorang pun bergambar la kat jambatan ni..haha

then malam tu kite gerak ke seoul tower...sesape yg tgk citer awan dania ,kat situ la diorang berlakon...yg kunci loket tu...hahah...mak aku cantik situ tu yg aku p tu...
ni kat seoul tower gak ni


stesen keteapi pelik giler..mcm dalam gua...kagum sekejap

kalau yg ade awek tu best la jalan2 kat atas ni sbb ade teddy bear museum ni..
konfem habis duit awek minta belikan bear..hahah...

10 March 2011

then hari ni pulak tujuan kitorang just keluar jalan2 mencari cenderahati walaupun duit tak cukup...haha..xpe2 jalan2,,,


afiq bajet kiut...haha


banyak giler gambar haruna ai ni kat korea...aku pun tak faham nape dia ni popular sgt...
kepada sesape yg tak tahu ni la yg menang pondan hari tu ....ni lelaki jadi perempuan ni

nazih tak abis2 ngan artis korea,,,haha








11 March 2011


Hari ni pulak memang kitorang tak p mana2 sbb letih..hari ni just jalan2 tgk struktur banguna korea...kata engineer..haha...xde kaitan pun..hah..kitorang p wax museum...hihi kat 63 building ...ala yg tempat citer my girl tu..hahah








12 MARCH 2011

hari ni last kitorang berjalan sebab esoknye nak balik jepun da.....so hari ni kitorang menghabiskan masa2 kat Nami Island...ala tempat winter sonata tu....sepatutnya pergi berempat tapi disebabkan kawan aku sakit time tu ...kitorang p bertiga jer....cantik tempat ni...puas hati aku....

ni nik ali..kawan yg belajar kat korea..diorang bawa jalan2 last day

ni pun kawan aku yg belajar kat korea gak...azree...single lagi in..







13 March 2011

tibalah masa utk kitorang balik...hehe..jumpa lagi di percutian setersnya... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...