Jam menunjukkan pukul 4.30, Mamat yg sedang khayal dengan World of Warcraftnya tersentak.
“Alamak, aku belum solat lagi ni. Asar masuk pukul 4.50r43;
Mamat bersegera mengambil wudhu’ dan mengerjakan solat zuhrnya. Tiga minit bersolat terus dilipatnya sejadah dan terus menghadap komputer menyelesaikan misi World of Warcraft yg tak kunjung habis itu.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar…” Perisian yg didownload dr IslamicFinder.com berbunyi menandakan waktu ‘Asr telah tiba.
“Allah!, tengah syok main ni lah benda alah ni nak berbunyi.” Mamat merungut didalam hatinya sambil mengecilkan suara azan maya itu lalu meneruskan ‘perjuangan’nya di’medan perang’.
Waktu ‘Asar hampir sampai kepenghujung dan ketika itulah Mamat tersedar yg solat ‘Asr masih belum ditunaikan lantas dia bergegas ke bilik air dan menunaikan solat ‘Asr…solat kali ini lebih ringkas dan cepat dr solat Zuhr tadi. Perut Mamat kosong kerana terlalu asyik bermain World of Warcraft sampai makan tengah hari tadi ditinggalkan.
Mamat ke dapur menyediakan makanan ‘Luncher’(Lunch + Dinner) dan pergi ke meja studi menyiapkan kerja sekolah yg ditangguh sejak minggu lepas lagi. Solat Maghrib kali ini disempurnakan ditengah waktu sebelum Mamat bergerak ke komputer untuk menyemak email yg diterima hari ini.
Setelah menyemak email, Mamat melayan kerenah kawan-kawan yg rindu ber‘chatting’ dengannya. Jam menunjukkan pukul 12 malam, Mamat yg terleka dengan chatting akhirnya bingkas dr kerusi, solat ‘Isya’ dan terus ke kamar.
“Buzz!, Buzz!” Jam loceng Mamat berbunyi pada jam 6.30 pagi. Waktu syuru’ pada jam 6.45. Mamat bersegara menunaikan solat Subuh dan aktiviti yg dilakukannya pada hari yg lepas diteruskan…
Beginilah kehidupan Mamat sehari-hari, solat tetap dikerjakan tetapi dihujung waktu, cepat dan ringkas. Begini jugakah jadual kehidupan kita sehari-hari?
Terlalu sibukkah kita sehinggakan tanggungjawab kita terhadap agama terpaksa di’nombor dua’kan?
Aku terfikir tentang perkara ni bila aku mendengar cerita dr rakan Libya aku tentang sikap para sahabat dlm mengerjakan ‘ibadah kerana Allah. Tak satu pun ‘ibadat yg dipandang enteng. Semuanya dikerjakan dengan penuh ikhlas dan penuh fokus kepada Yang Satu. Walau dalam sibuk bermu’amalat sekalipun, apabila mu’azzin melaungkan azan, segala urusan dihentikan dan semuanya, penjual dan pembeli, bergegas ke masjid mengerjakan solat secara berjemaah.
Para sahabat sgt serius bila melibatkan ‘ibadat khusus. Kesemuanya bimbang kalau-kalau ‘ibadat tidak diterima. Tetapi fenomena sekarang sgt berbeza dengan zaman generasi-generasi terbaik umat manusia. Solat dikerjakan dengan bacaan yg sgt pantas sampaikan al-Fatihah boleh dihabiskan dlm satu nafas, gerakan yg sgt laju seakan-akan dikejar musuh, dan kekhusyukan yg hampir tiada kerana terlalu byk perkara lain yg difikirkan.
Kalau nak dibandingkan sifat solat kita dengan para sahabat memang jauh berbeza. Para sahabat risau kalau-kalau solat mereka tidak diterima, tapi kita risau solat melambatkan kita mengerjakan sesuatu. Kenapa begitu? Terlalu pentingkah dunia ini sehingga perintah Allah yg sepatutnya dijadikan keutamaan dipandang enteng?
Tidak pernahkah terlintas didalam pemikiran kita keberkatan itu hak milik Allah secara mutlak? Masa tidak akan panjang dan tidak akan pendek, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tetapi yg membezakan masa org yg ber’ibadat dengan tekun dan ikhlas dengan org yg ber’ibadat dengan sambil lewa adalah keberkatan. Masa akan sentiasa cukup bagi mereka yg Allah kurniakan keberkatan. Usahlah tergesa-gesa dan bersabarlah dalam mengerjakan ‘ibadah kepada Allah.
“Peringatan buat diri dan semua yg membaca”
P/S : nama yg degunakan tiada kene mengena sama ada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia....
No comments:
Post a Comment