welcome to my artwork 2010

welcome to my artwork 2010

sahabat ku

Friday, July 24, 2009

夏休み(cuti musim panas)

disebabkan tajuk yang diletakkan adalah cuti musim panas atau dalam jepunnyer na-tsu-ya-su-mi
,maka dgn ini diisytiharkan...aku balik MALAYSIA TANAH AIR TERCINTA...YAHOOOO.....heheh...selamat holiday....

aku kembali di medan perang di jepun ini pada 26 ogos 2009.....

HAPPY HOLIDAY ....

Thursday, July 23, 2009

SIFAT LELAKI VS SIFAT PEREMPUAN

(L) Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan orang lain lebih2 lagi dgn orang yang dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

oleh itu lelaki memerlukan prempuan dan sebaliknya
lumrah hidup...

Saturday, July 18, 2009

(GADIS BARU)ガデイス

Tahun 2020. Namun masih ade gak org yg berfikiran kolot lagik. Kampung Semut Warna Warni.

"Bapak ape ni?.. ape semua ni.. Din cukup tak paham nganbapak ni.."

"Tak paham apa pulak Din.."

"Ni.. sape pompuan nih? Isteri baru bapak ke ni? Ya Allah.. mak baru je meninggal dah bapak kawin lain.."

"Ni bukan mak tiri kamulah.. Nama dia Ina..ape la kau Din.."

"Ya Allah... ni lagilah teruk.. bawak perempuan bukan muhrim duduk sekali ngan kita.. ape ni bapak?"

"Ya Allah ... Din.. ni pembantu rumah kita je.. apsal la kau ni berfikiran kolot sangat huh? tula bapak hantar kau ke sekolah dulu kau ponteng."

"Bapak.. walupun Din nih tak pandai.. tapi Din masih ingat agama lagi tau! Tak kira la dia ni pembantu rumah ke kalu bukan bini kita tak boleh! paham bapak? sudah lah!"

Malam tu...

Din mula ingin menyiasat latar belakang perempuan yang bernama Ina itu.

Apa nak jadik ngan bapak nih.. sanggup bawak balik pompuan yang entah dari mana demi ingin memuaskan nafsu... cis! Perempuan ni pulak lawa.. drpd bapak buat dosa lebih baik dia kahwinkan aku ngan pompuan ni je.. apela bapak ni..

Sedang Ina sedang bape kali sedang dah.. membancuh kopi si bapak Din tuh.. Din menghampirinya...

Dengan sepantas kilatDin menyelak rambut Ina dan terkejut akan satu kenyataan.

Huh! memang betul jangkaan aku.. ade paku kat leher dia ni... Aku dah agak pompuan ni pontia.."

Apalagi Din terus menangkap Ina dan mencabut paku tersebut..

"DAH!! PERGI KAU DARI RUMAH AKU PONTIANAK!!!




Sekali terkeluar wayar kat leher si Ina...

"Ya Allah ape ni Din... ingat murah ke robot pembantu rumah bapak beli tu hah?!! KOLOT!!!"

Wednesday, July 15, 2009

soalan matematik tahap monkasho...

saya ada terbaca 1 article matematic....tp ssh...
just want to share with every one...
hope enjoy it and someone who is really cleaver in math,
please solve this problem...
heheheh..

cita dia mcm ni....

Ali ni seorang anak mak..penganggur....
Ali tringin nak beli 1 kasut jenama apa tah..
harga kasut tu RM 97
tp Ali x dak det...
so dipendekkan cerita,Ali ni pinjam la kat mak dia RM 50,pas tu pinjam kat kakak dia RM 50...

jdi dlm tangan Ali ada RM 100....
maka dibelinya kasut RM 97 tersebut...
baki det yg Ali ada RM 3...
Ali bg balik mak dia RM 1 dan kakak dia RM 1...
jdi ada lg RM 1 ja kat Ali
jdi dia hutang dgn mak dan kakak dia tinggal RM 49...

tp Ali ni heran...

RM 49 + RM 49 = RM 98...
RM 98 + RM 1 = RM 99
knapa x cukup RM 100???
mana hilang lg RM 1....

kpada yg tau mana hilang RM 1....
tlg la bg tau sya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...