welcome to my artwork 2010

welcome to my artwork 2010

sahabat ku

Tuesday, December 28, 2010

Akustik Cover : Bila Cinta (OST lagenda budak setan)

salam...
mulai esok iaitu bersamaan 29 disember 2010 sampai 2 januari 2011 selama setahun tu...haha..aku akan kuar jalan2 kat bandar Osaka...jumpa kawan lama...xsabar ....so sebelum aku p ni jom layan lagu ni...org request aka Senah ..so aku tgh xde kerja pun apa lagi..bantai jer la...haha...layan.

Monday, December 27, 2010

Akustik Cover : Tribute Maher Zain

Rest of my life
&
Open your eyes


this is acoustic guitar version n of course is my version...
hope you guys can learn something from the lyric of this song...enjoy..
original song by Maher Zain
sori la english aku tak seberapa sbb tu tulis lirik tu....hahah

Sunday, December 26, 2010

Akustik Cover : Cinta Terakhir (last love)


ni pun sesi melalak gak ni...haha...
papepun layan...
nak komen dialu-alukan tersgt2.
.hahaha

Akustik Cover : Pergilah Sayang


salam....
layan semua...aku kene tinggal ngan budak2 ni ...
haha..diorang semua pergi berjalan-jalan time cuti ni..aku p jugak cuma lewat sikit...roomate aku lak p wat lesen motor...so tinggal la aku sorang2 kat bilik ni...haha..ni la jadi nya....melalak....haha

Friday, December 24, 2010

Saya tak gay, Saya OK

salam....sebelum ni diorang duk kecoh pasal isu gay yg ade org mengaku gay secara terbuka kat youtube...adoi tak tahu la apa yg diorang pk....then kuar lak video ni kat youtube...haha...layan mamat ni..terjumpa ade org post kat facebook....tergelak sorang aku...hahah...

Thursday, December 23, 2010

bila orang dah tag aku, tak kan aku nak wat tak tau kan kan :)

salam...
aku menulis pun xpandai mana...tajuk kat atas tu pun aku copy paste jer..malas tak malas aku kan...ke guane cik doraemon...haha...
yerla2,,,terpaksa jugak la jawab soklan ni... :=)

1. pe bnda yg paling penting dlm hdup korang?
erm apa ek yg penting...pk jap.....kn ckp iphone aku main letak jer..kadang2 malas nak bw iphone...apa ek..fuh lama aku pk..rasa mcm jawab exam pulak..haaaaaaa KAMERA DSLR aku kot....beribu2 aku habis kan kat kamera tu....

2. benda terakhir korang beli gune dwet sendiri?
bende terakhir aku beli sendiri pulak tadi br jer aku beli...aku beli baju heat tech...baju ni penting giler time2 musim sejuk ni...walaupun dia nipis giler n ringan tp fuh sangat mantap bila dipakai begitu sahaja time musim sejuk....senang citer baju kat UNIQLO

3. di mana korang nk melangsungkan perkahwinan korang?
of course la kat Malaysia n kat umah....home sweet home....xnak tanya pasal calon ker...haha...ngarut giler aku

4. adakah korang sedang bercinta sekarang ?
yup...i love my family.... :-)

5. berape lame korang akan menyintai kekasih korang?
boleh kira ker berapa lama?(amik ko aku tanya balik soalan....)

6. dimane korang selalu jumpe kekasih korang ?
kat mana ek....xtahu la kat mana...jepun ke malaysia ek...adoii...mcm hebat giler jer jawab kan...xdela xde kekasih pun....ecececece..hahaha

7. novel/ buku/ majalah yg terakhir korang beli ?
buku soalan fizik....wah...hahah

8. apekah name penuh korang?
Wan Mohd Azri Wan Fauzi ....... makna azri = sokonganku

9. antare mak n ayah korang, mane korang lg mesra?
of course la dua-dua sekali....xde diorang xlahir aku ....

10. namekan org2 yg betol2 korang nk jumpe dlm hidup.
hashimoto sensei.....cikgu yg paling aku "......."..bile da dapat jumpa dia....nak bgtau...cikgu ,cikgu paham tak perasaan kami mcm mana...hahaha

11. adekah korang basuh baju sendiri ?
mesin yg tolong basuhkan..aku cuma masukkan dalam mesin basuh n picit butang dia jer...


12. di mane tempat yg korang betol2 nk p?
aku nak p makkah ngan mak ayah aku.. :)

13. pilih salah satu peluk atau cium?
atau(kawen)haha

14. beritahu 3 perkare tentang org yg tag korang?
1) kuat tido(xsuka org ganggu dia time tido,kalau ganggu konfem suara rock..)
2)doraemon
3)pendengar aku yg terbaik...:)
4)bestfriend aku...
5)....byk sampai 5 aku bg....hahah...ade byk lagi ni...
6)giler warna pink

15. 5 benda yg korang syg sgt dlm hdup korang
1)Kamera + lens
2)Iphone
3)my desktop
4)mic at2020
5)guitar

16. 5 lagu korang suke n selalu dengar
aku jarang dengar lagu yg suka tapi aku suka dgr lagu ikut mood...haha
mood exam - time study kul 3 pagi dgr zikir-zikir hijjaz,akhil hayy
mood happy- dgr la pape pun..semua masuk dalam telinga
mood marah - pergi duk sorang2 tepi sungai dgr lagu adam - TENSION
mood sedih - nyanyi sendiri ngan gitar
mood study - maher zain... + nasyid

17. bile tarikh lahir korang n korang sambut besday bile tahun lepas?
7 oktober 1989 ...sambut besday biler?pelik giler soalan ni..mestila sambut time birthday day tu....tahun lepas senior-seniora tahun 5 yg beli kat aku kek...aku sayang giler diorang semua...
kak ila,kak ina,kak ain,adnan,shah.


18. tujuh org blogger korang nk tag?
tujuh org blogger ek...sape eh.... ahmad shafiq (junior aku),athirah ayu(senior aku),umar nur fitri(kawan baik aku time sekolah),farhanah hassan ,baihaqie,uqbah,aimi

19. cerite sikit pasal blogger pertame yg korang tag?
koya dan kuat perasan....selalu posing macho dalam gambar...haha..koya giler...(pik kalau baca ni apa lagi jawab la soalan ni...)hahah

Tamat sudah exam....fuh jawab ni semua nak sama dgn jawab fluid...pening kepala aku...haha

Thursday, December 16, 2010

Wanita....Istimewa




layan lagu ni..terbaik dr FH

DS Samy Vellu

aku terbaca kat blog org ni....rasa lucu giler la,...so aku post kat sini...layan

DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story, here. Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

There you are folks. For DS Samy Vellu, we wish you all the best!

Saturday, December 4, 2010

lepas tension bersama indonesian friends....KARAOKE

salam....

minggu lepas exam....

giler-giler exam dalam masa

seminggu 13 subjek utk

mechanical engineering tempat aku ni.

dah pening da kepala..



p/s : selalu nampak bintang berputar mengelilingi orbit kepala ku...



then semalam da abis...

keesokannya aku terus p melepaskan gian dengan

berkaraoke ngan kawan-kawan indonesia.... yg lain

semua pergi Universal Studio Japan ...aku nak pergi

gak tapi coz tutor aku kata ade projek wind car jadi

xjadi pulak nak ikut diorang..haha...

ni la muka-muka lepas tension...







Saturday, November 20, 2010

TOP GEAR - Kereta Proton dan Perodua Dihina sehinanya di UK





sama-samalah kita membangunkan industri ini....

kelu tak terkata .....

Hasil kerja aku hari ni

hari ni pergi gunting rambut sbb da nak dekat exam :-(..aku pun pelik dgn habit aku ni...setiap kali exam mesti nak gunting rambut..hahah...korang pun mesti ade kan habit2 pelik ni...hahah....

sambil2 p gunting time nak balik shoot la gambar2 ni....musim luruh di bumi sakura...hahah










秋 (aki) = musim luruh



dah tiba lah MUSIM LURUH utk tahun 2010 di bumi sakura....pejam celik pejam celik da nak masuk tahun baru...cepat betul masa berjalan....da bersediakah kita hadapi masa akan datang...
ganbarou.
.







Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya

salam..
selamat hari raya semua...
selamat berkorban...

p/s : aku korban kan diriku ke kelas dan penghantaran report... :-(

Saturday, November 13, 2010

jodoh aku ... :-)

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...